Saturday, December 1, 2007

Nama Yang Hadir

Cikgu2
Pn Johana
Pn Teresa
Pn Rohana
Pn Rosnah
Ustazah Rokiah
Pn Hanizah
Pn Noma
En. Shamsuri
Pn Norashikin
Datin Sabariah Idris
Pn Siti Marwiah
Pn Sarzini
Pn Akma Zuraida
Pn Siti Turimah

SPM 99
Syaiful Bakhtiar Bt Samsuddin
Hew Wei Meng
Mohd Khusairi bin Zakaria
Mohd Faizal Reza b Mod Nasir
Nur Hafizah bt Mod Ramli
Nur Suriahani Bt Abdul Rahman
Marina Salina Bt Raof Senk
Ahmad Rejai bt Ahmad Rejal Arbee

SPM 2001
Nurul Huda Bt Zabidi
Mohd Syamsul Zaqba
Mohd Nizam Mat Rani

SPM 2003 (majority)
Mohd Hirzie Mohd Rodzhan
Nurul Farhana Sofian
Nor Hafiz Mohd Leman
Mohd Rezuan Khan
Nurul Ain Nahar
Mohd Ezad Hafiz Hafidzudin
Intan Rohayu Abd Manaf
Nur Adlina Bt Abd Manaf
Norizan Jasin
Nur Fazidah Asmuzi
Mohd Syafiq Habsirun
Munirah Mat Rani
Mohd Fathi
Noor farazdillah Ismail
Aini Murni Bt Abd Hamid

SPM 2004
Mohd Shahril Izuan bin Alias
Zafirah Zakaria Merican
Fadiah Mohd Zuki


SPM 2006
Ainur Farahin Abd Hamid
Nur Ashikin Idris
Nurul Hazwani Ismail
Nur Aini Zainal Abidin
Nor Syafinaz Shah Irwan Shah
Nor Aishah Ahmad Yusri
Mohd Taqiuddin Takril
Mohd Hanis bin Mohd Nor
Nur Adibah bt Shahrul

Friday, November 9, 2007

Pendaftaran reunion masih BELUM TUTUP

Kepada semua ex-SMKS 18, pendaftaran untuk menyertai reunion masih belum tutup.

Sekiranya anda berminat untuk menyertai reunion ini, segera mendaftar.

cara-cara untuk mendaftar, sila rujuk blog ini (scroll ke bawah)


Sekian terima kasih

Sunday, October 21, 2007

27 Okt 07 - Hari Terbuka Pembayaran

Dengan suka citanya kami memaklumkan bahawa pihak kami akan mengadakan HARI TERBUKA untuk rakan-rakan EX-18 membuat pembayaran bagi menyertai majlis reunion. Sebarang pertanyaan maklumat, cadangan atau komen boleh dinyatakan terus kepada kami semasa hari tersebut. Maklumat lanjut adalah seperti berikut;

Tarikh: 27 oktober 2007 (sabtu)
Tempat: bilik pengawas smks18, tingkat2, blok b.
Masa: 9pg - 3ptg
Bayaran: RM60 - seorg atau RM150 - Pakej 3 org.

Sebarang pertanyaan mengenai hari terbuka ini boleh dinyatakan terus kepada kami melalui friendster @ email kami.

Sila maklumkan kepada rakan-rakan anda. Kehadiran dan pendaftaran anda amat kami alu-alukan.

Sokongan anda penentu kejayaan penubuhan ALUMNI SMKS 18. Bersama-samalah kita menjayakannya.

Sunday, September 30, 2007

Tarikh Tutup Penyertaan DILANJUTKAN- 30 OKTOBER 2007


Majlis Reunion dan Penubuhan ALUMNI SMKS 18

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua bekas warga SMKS 18.

Kami menerima banyak maklum balas supaya tarikh tutup pendaftaran ditangguhkan memandangkan hari raya Aidilfitri akan menjelang tiba. Semestinya budget kewangan diperlukan sama ada untuk membeli baju raya, kuih raya, tambang raya dan sebagainya. Kami berbesar hati untuk melanjutkan tarikh pendaftaran sehingga 30 OKTOBER 2007. Setakat ini, pendaftaran masih belum mencapai tahap maksimum. Kepada yang berminat, masih ada tempat dan peluang lagi. Mendaftarlah segera. Tempat adalah terhad

Syarat-syarat pendaftaran dan penyertaan majlis reunion ini.

Majlis reunion ini terbuka kepada semua warga SMKS 18 yang memenuhi syarat pertama dan mana-mana syarat berikutnya.
a) Tamat persekolahan
b) Bekas pelajar SMKS 18 yang sudah mengambil SPM
c) Pernah bersekolah di SMKS 18 walaupun sehari.
d) Pernah mengambil PMR di SMKS 18 kemudian mengambil SPM di sekolah lain.
e) Pernah belajar tingkatan 1,2,3,4 atau lima di SMKS 18. Walaupun tempoh anda belajar di situ hanyalah sehari. Walaupun sehari, anda sudah ada kawan. Salah satu matlamat majlis ini ialah menemukan anda dengan kawan-kawan lama.
f) Pihak pentadbiran, guru-guru atau bekas guru-guru yang pernah berkhidmat di SMKS 18


Butiran lanjut adalah seperti berikut

· Tarikh : 15 Disember 2007
· Hari : Sabtu
· Masa : 11.00 pagi- 3 petang
· Tempat : Intekma Resort & Convention Centre, Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
· Agenda : Makan tengahari bersama-sama dan majlis mengundi perwakilan Sri Alumni18
· Yuran pendaftaran : RM 60 seorang atau pakej RM150 bagi tiga orang.
· Peserta : Pentadbir SMKS 18, guru-guru SMKS 18, bekas guru SMKS 18 dan semua bekas pelajar SMKS 18.


Cara-cara membuat bayaran penyertaan

1) Bayaran kepada bendahari komite reunion kami:

a) Cara bank-in

1) Pergi ke Maybank
2) Ambil borang deposit / simpanan
3) Pada bahagian nama, tuliskan nama - Mohammad Syafiq b Habsirun
4) Pada No Akaun, tuliskan no - 1-64017-10603-5
5) Semasa di kaunter bank atau mesin deposit atm, anda dinasihatkan untuk menyemak 6)kembali nama dan no akaun itu betul bagi mengelakkan kesilapan deposit ke dalam akaun orang lain
6) Slip deposit itu di scan
7) Emailkan kepada
syafique_6187@yahoo.com sebagai bukti pembayaran. Sila nyatakan di dalam email itu NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN, BATCH KE BERAPA DAN NO TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI. Bagi yang mendaftar secara pakej, ketiga-tiga peserta mesti memberikan empat maklumat yang kami perlukan.
8) Pihak kami secara automatic akan mengetahui bahawa deposit RM60 ialah pendaftaran secara perseorangan dan deposit RM 150 ialah pendaftaran secara pakej.
9) Dalam tempoh dua hari anda akan menerima kad jemputan beserta no pendaftaran untuk majlis reunion itu . Kad itu perlu dicetak di atas kertas A4 putih dan dibawa semasa majlis reunion nanti sebagai tanda pendaftaran yang sah.

Tanpa nombor pendaftaran yang sah, anda tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan


b) Cara manual I ( Cara berjumpa dengan bendahari kami secara personal di rumahnya )

1) Datang sendiri ke rumah bendahari kami di No . 12, Jalan Sayembara U2/34, Taman TTDI Jaya, shah alam.
2) Berikan wang tunai dan maklumat diri iaitu NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN, BATCH KE BERAPA, NO TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI DAN EMAIL. Anda akan menerima resit rasmi
4) Dalam tempoh dua hari anda akan menerima kad jemputan berserta no pendaftaran untuk majlis reunion itu . Kad itu perlu dicetak di atas kertas A4 putih dan dibawa semasa majlis reunion nanti sebagai tanda pendaftaran yang sah

c) Cara manual II ( Cara berjumpa dengan bendahari kami secara personal di tempat belajar, Uitm Shah Alam)

Bendahari kami masih menuntut di UiTM Shah Alam, Jurusan Sains Aktuari. Sesiapa yangh menuntut di universiti yang sama atau berdekatan dengan kampus UiTM Shah Alam, boleh membayar yuran pendaftaran secara manual di kawasan kampus.
Cara-caranya ialah seperti berikut.

1) Buat janji temu. Nyatakan tarikh, masa dan tempat melalui SMS dan hantarkan ke 012-6810260
2) Berikan wang tunai dan maklumat diri iaitu NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN, BATCH KE BERAPA, NO TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI DAN EMAIL. Anda akan menerima resit rasmi
3) Dalam tempoh dua hari anda akan menerima kad jemputan beserta nombor pendaftaran untuk majlis reunion itu . Kad itu perlu dicetak di atas kertas A4 putih dan dibawa semasa majlis reunion nanti sebagai tanda pendaftaran yang sah

Penyertaan anda penentu kejayaan reunion dan penubuhan Sri Alumni SMKS 18 ini. Marilah sama-sama menjayakannya. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai pembayaran, boleh hubungi bendahari. Sekian, terima kasih

Monday, September 10, 2007

Thursday, September 6, 2007

Tarikh Tutup Penyertaan 30 Septermber 2007

Tarikh tutup penyertaan ialah 30 September ini. Bagi sesiapa yang berminat menghadiri majlis reunion dan penubuhan alumni SMKS 18 ini, sila jelaskan yuran pendaftaran sebelum 30 September ini. Tempat adalah terhad.

Friday, August 10, 2007

Pendaftaran Majlis Reunion dibuka Sekarang

Cara-cara mendaftarkan diri ke majlis reunion dan penubuhan Sri Alumni 18

Assalamualaikum dan selamat sejahteraKepada sesiapa yang berminat untuk hadir, sila baca langkah-langkah mendaftarkan diri dengan teliti.Kami menawarkan dua cara pendaftaran iaitu secara bank-in dan secara manual. Anda boleh memilih mana-mana cara yang anda selesa.

Cara bank-in

1. Pergi ke Maybank
2. Ambil boring deposit / simpanan3.
Pada bahagian nama, tuliskan nama - Mohammad Syafiq b Habsirun
4. Pada No Akaun, tuliskan no - 1-64017-10603-5
5. Semasa di kaunter bank atau mesin deposit atm, anda dinasihatkan untuk menyemak kembali nama dan no akaun itu betul bagi mengelakkan kesilapan deposit ke dalam akaun orang lain
6. Slip deposit itu di scan
7. Emailkan kepada syafique_6187@yahoo.com sebagai bukti pembayaran.Sila nyatakan di dalam email itu NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN, BATCH KE BERAPA DAN NO TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI. Bagi yang mendaftar secara pakej, ketiga-tiga peserta mesti memberikan empat maklumat yang kami perlukan.
8. Pihak kami secara automatic akan mengetahui bahawa deposit RM60 ialah pendaftaran secara perseorangan dan deposit RM 150 ialah pendaftaran secara pakej.Dalam tempoh dua hari anda akan menerima kad jemputan beserta no pendaftaran untuk majlis reunion itu . Kad itu perlu dicetak di atas kertas A4 putih dan dibawa semasa majlis reunion nanti sebagai tanda pendaftaran yang sah.Tanpa nombor pendaftaran yang sah, anda tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan.


Cara manual ( Cara berjumpa dengan bendahari kami secara personal di rumahnya )

1. Datang sendiri ke rumah bendahari kami di No . 12, Jalan Sayembara U2/34, Taman TTDI Jaya, shah alam. Telefon atau SMS dahulu ke no 012-68102602. Berikan wang tunai dan maklumat diri iaitu NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN, BATCH KE BERAPA, NO TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI DAN EMAIL.
3. Dalam tempoh dua hari anda akan menerima kad jemputan beserta no pendaftaran untuk majlis reunion itu . Kad itu perlu dicetak di atas kertas A4 putih dan dibawa semasa majlis reunion nanti sebagai tanda pendaftaran yang sah


Cara manual ( Cara berjumpa dengan bendahari kami secara personal di tempat belajar, Uitm Shah Alam)

Bendahari kami masih menuntut di UiTM Shah Alam, Jurusan Sains Aktuari. Sesiapa yang menuntut di universiti yang sama atau berdekatan dengan kampus UiTM Shah Alam, boleh membayar yuran pendaftaran secara manual di kawasan kampus.Cara-caranya ialah seperti berikut.

1. Buat janji temu. Nyatakan tarikh, masa dan tempat melalui SMS dan hantarkan ke 012-6810260
2. Berikan wang tunai dan maklumat diri iaitu NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN, BATCH KE BERAPA, NO TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI DAN EMAIL.
3. Dalam tempoh dua hari anda akan menerima kad jemputan beserta no pendaftaran untuk majlis reunion itu . Kad itu perlu dicetak di atas kertas A4 putih dan dibawa semasa majlis reunion nanti sebagai tanda pendaftaran yang sah

Sebarang pertanyaan mengenai program ini boleh dinyatakan melalui emel kami srialumni18@yahoo.com.Sebarang pertanyaan mengenai pendaftaran ini boleh dinyatakan melalui emel syafique_6187@yahoo.com atau bagi pertanyaan segera boleh dibuat melalui telefon di talian 012-6810260 ( Syafiq, bendahari)

Sekian, terima kasih.

Tuesday, June 26, 2007

Pencalonan Sri Alumni 18 : Calonkan kawan anda yang layak!

Setelah pihak kami berbincang dua hala dengan pihak sekolah, kami semua bersetuju untuk mendapatkan nama calon-calon yang layak mewakili Sri Alumni18 melalui dua cara.. Nama-nama calon itu akan dikumpulkan melalui dua sember iaitu dari pihak pentadbiran sekolah dan semua bekas pelajar SMKS 18.

Anda berpeluang mencalonkan rakan-rakan anda atau diri sendiri menjadi perwakilan Sri Alumni 18.

Cara-cara mencalonkan rakan anda ;
1) email kepada kami di srialumni18@yahoo.com
2) hantar private mesej friendster kepada kami

Sekiranya anda mahu mencalonkan rakan anda atau diri anda sendiri sebagai perwakilan Sri Alumni, sila nyatakan kepada kami maklumat berikut

Maklumat pencalon
1) Nama penuh :
2) Tahun SPM :
3) Alamat, emel, friendster atau no telefon untuk kami dan pihak sekolah berhubung.

Maklumat calon
4) Nama penuh :
5) Tahun SPM :
6) Alamat, emel, friendster atau no telefon untuk kami dan pihak sekolah berhubung
7) Sebab-sebab anda mencalonkan calon ini:


Sekian. itu sahaja dari kami. Berikan kami respon anda. Sebarang pertanyaan, boleh dinyatakan melalui private mesej friendster kami atau email kepada srialumni18@yahoo.com


Nota : sebarkan kepada rakan-rakan anda.

Pengumuman Penting : Reunion dan penubuhan Sri Alumni18

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua bekas warga SMKS 18.

Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa, satu reunion menyeluruh akan diadakan. Seramai 12 generasi yang pernah bersekolah di SMKS 18 akan berkumpul.

Butiran lanjut adalah seperti berikut

· Tarikh : 15 Disember 2007
· Hari : Sabtu
· Masa : 11.00 pagi- 3 petang
· Tempat : Intekma Resort & Convention Centre, Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
· Agenda : Makan tengahari bersama-sama dan majlis mengundi perwakilan Sri Alumni18
· Yuran pendaftaran : RM 60 seorang atau pakej RM150 bagi tiga orang.
· Peserta : Pentadbir SMKS 18, guru-guru SMKS 18, bekas guru SMKS 18 dan semua bekas pelajar SMKS 18.


Syarat-syarat pendaftaran dan penyertaan majlis reunion dan penubuhan Sri Alumni18

Majlis reunion ini terbuka kepada semua warga SMKS 18 yang memenuhi syarat pertama dan mana-mana syarat berikutnya.
a) Tamat persekolahan
b) Bekas pelajar SMKS 18 yang sudah mengambil SPM
c) Pernah bersekolah di SMKS 18 walaupun sehari.
d) Pernah mengambil PMR di SMKS 18 kemudian mengambil SPM di sekolah lain.
e) Pernah belajar tingkatan 1,2,3,4 atau lima di SMKS 18. Walaupun tempoh anda belajar di situ hanyalah sehari. Walaupun sehari, anda sudah ada kawan. Matlamat majlis ini ialah menemukan anda dengan kawan-kawan lama.
f) Pihak pentadbiran, guru-guru atau bekas guru-guru yang pernah berkhidmat di SMKS 18


Cara pembayaran pendaftaran, akan kami umumkan kemudian.

Apa respon anda?

Berita II Dari SMKS 18

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Pihak komite kami telah bertemu dengan pihak pentadbiran sekolah. iaitu puan pengetua, Puan Mis Yati , Datin Sabariah dan Puan Shamsiah Sobar pada 14 Jun yang lalu.

Pihak kami dimaklumkan bahawa, setiap sekolah mesti mempunyai alumni masing-masing. Kedatangan kami memenuhi keperluan mereka.

Pihak sekolah juga bersetuju memberikan senarai nama calon-calon bekas pelajar yang akan dilamar menjadi perwakilan Sri Alumni 18 ini. Pihak kami (komite) yang akan menjalankan tugas seterusnya iaitu bertanyakan kesudian mereka dan menjadi urusetia majlis reunion itu nanti.

Sebanyak 22 kerusi posisi perwakilan Sri Alumni 18 akan ditawarkan dan seramai 25-30 calon yang akan bertanding dari seluruh generasi..

Tugas anda sekarang ialah calonkan kawan-kawan yang anda rasa layak untuk menjadi perwakilan Sri Alumni 18.

Pihak kami akan berjumpa sekali lagi dengan pihak sekolah awal Julai ini.

Sekian dari kami.

Saturday, April 7, 2007

Pengumuman

Pengumuman majlis reunion dan Penubuhan Alumni akan kami buat dalam masa minggu ini.

Wednesday, February 28, 2007

Bilakah & di Manakah Terlerainya Rindu Ini?

Menemui kembali rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18. Pihak kami telah pun menjalankan survey di semua hotel-hotel dan dewan-dewan sekitar Shah Alam. Insyaallah, dalam masa terdekat ini, pihak kami akan mengumumkan tempat, masa dan cara pendaftaran untuk menyertai reunion ini. Kami akan menjalankan promosi ini sebaik mungkin. Jangan risau ye kawan-kawan semua. Sama-samalah kita berdoa agar rindu kita ini bisa ditautkan. Moga alumni menjadi transitnya.
Nota 1 : Selepas promosi pendaftaran , pihak kami akan mempromosikan penamaan calon alumni selama tiga bulan. Mulai sekarang, anda boleh fikir-fikirkan siapa yang layak untuk dicalonkan menjadi perwakilan alumni SMKS 18.
Nota 2 : Editor blog ini sedang berkursus di luar negeri dan sekembalinya ke kampus terus menduduki peperiksaan akhir semester.

Menggamit rindu.... Bila kita akan bertemu?































Mengimbau kembali kenangan ketika masih memakai baju sekolah…. Bayangkan… Indahkan? Kali ini kami bawakan rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18 meninjau kembali perubahan-perubahan sekolah kita dulu…. Hati pasti menggamit rindu. Ketika pihak kami berkunjung ke SMKS 18 baru-baru ini, pelbagai perubahan yang telah berlaku di situ. Antara perubahan-perubahan itu bermula dari pintu gerbang yang berada di pintu utama, pertambahan bangunan baru, pertukaran uniform pengawas ( bukan warna merah jambu dan kelabu lagi), uniform asrama ( bukan baju batik), surau yang bertambah cantik, bilik guru yang selesa ( lengkap dengan kemudahan wireless) , nama kelas juga sudah berubah. Nama-nama kelas seperti Azam, Budi, Cekap, Damai, Fitrah telah bertukar menjadi nama-nama para sahabat Nabi Muhammad seperti Saidina Hamzah , Umar , Ali dan sahabat - sahabat yang lain. Ketika melangkah ke blok terakhir, perwakilan kami melintasi taman Persatuan Geografi. Ketika minda mengimbas kenangan lama, masih segar ingatan menanan pokok-pokok di situ. Kini pokok-pokok di situ sudah tinggi dan besar. Masih segar dalam ingatan kami, generasi kami pernah menanam kapsul masa di situ. Insyaallah, suatu hari nanti, kami akan mengambil kembali kapsul masa itu.


Menyaksikan gambar-gambar ini, hati tidak terpalit rindukah? Tidak mahu bertemukah dengan kawan-kawan satu kelas, satu kelas, satu persatuan, satu asrama... satu... satu, tingkatan satu, tingkatan 2, tingkatan 3....

Insyaallah, 15 Disember ini kita akan bertemu demi sebuah rindu yang berteraskan ukhwah. Lantas sama-sama kita bina badan ukhwah itu dengan sebuah jawatan kuasa yang dinamakan Sri Alumni SMKS 18.


Anda adalah penentu kejayaan reunion dan penubuhan alumni ini.

RESPON BAIK DARI SMKS 18

Menemui rakan-rakan bekas pelajar yang dikasihi. Kali ini kami memaparkan posting berita baik dari SMKS 18. Ya. Sekolah yang banyak memberikan jasa kepada kita.

Pada 16 Februari 2007 yang lalu, pihak komite telah mengutuskan setiausaha kami untuk menemui pihak pengurusan SMKS 18 bagi mendapatkan sokongan dan kata sepakat. Alhamdulillah. Hasilnya memang mencapai apa yang kami harapkan. Pihak sekolah memberikan sokongan seratus peratus dan memberikan kerjasama bagi menjayakan reunion dan penubuhan alumni ini. Sememangnya pihak sekolah dan PIBG sejak dari dulu lagi tertanya-tanya bila persatuan bekas pelajar (alumni) akan ditubuhkan. Kedatangan setiausaha kami mewakili perwakilan komite sememangnya disifatkan sebagai pucuk dicita ulam yang datang.

Ketika setiausaha kami ke sekolah, Pn Mis Yanti, Pengetua SMKS 18 yang terkini, tiada dipejabat beliau. Maka, pihak kami meirujuk kepada orang nombor dua SMKS 18.

Menemui Pn Fazia ( yang dahulunya terkenal sebagai guru sains dan penasihat Persatuan Kadet Remaja Sekolah ) yang kini memegang jawatan sebagai Penolong Kanan I berkata “ Saya menyokong program yang dirancangkan ini 100% selagi tidak melanggar dasar sekolah. Sememangnya pihak sekolah dan PIBG sering tertanya-tanya bila persatuan bekas pelajar ini akan ditubuhkan…”

Ustazah Saadiah, Pengerusi Kelab Guru dan Pn Norniny, guru kaunseling sekolah telah dipilih oleh Pn Fazia bagi mewakili perwakilan dari sekolah dalam hal-hal pengurusan dengan pihak kami.

Maka, pihak kami semua berlapang dada setelah mendengar kata-kata sokongan ini dari mulut pihak pengurusan sendiri. Hal ini memudahkan tugas kami terutamanya dalam tempoh masa penamaan calon alumni nanti.

Semoga dengan berita baik ini, rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18 sentiasa menyokong kami dan sentiasa bersama kami dalam menjayakan reunion dan penubuhan alumni SMKS 18. Jangan lupa menamakan calon yang layak menjadi perwakilan alumni SMKS 18 sekitar bulan April ini serta mendaftarkan diri bagi menyertai hari reunion nanti.

Sokongan anda penentu kejayaan majlis reunion dan penubuhan ALUMNI SMKS 18

Saturday, February 10, 2007

Almanac Reunion dan Penubuhan ALUMNI SMKS 18.

Salam ukhwah buat rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18 yang dikasihi. Mengungkap kembali kata-kata para cedekiawan dan intelektual If you succeed in planning, you are planning for success” Inilah ungkapan yang menjadi panduan kami. Kami merancang reunion dan penubuhan ALUMNI SMKS 18 ini dalam jangka masa setahun. Perancangan yang teliti diperlukan bagi memastikan kejayaannya walaupun banyak kekangan masa, jarak dan masalah. Namun, demi sebuah kerinduan kepada pertemuan yang mampu menjana kembali ikatan silaturrahim suatu ketika dahulu, kami tabah menghadapi segalanya. Kerana anda. Ya! kerana anda yang menyokong kami, setia bersama kami adalah pembakar semangat paling utama bagi kami memenuhi almanac yang kami rancangkan ini.

Almanac ialah sebuah susunan kronologi sesuatu aktiviti atau program. Perkataan ini kami adaptasikan sebagai perancangan kami dalam masa setahun bagi mencapai kejayaan majlis reunion dan penubuhan Alumni SMKS 18.

Berikut ialah Almanac yang kami rancangkan :

  1. Februari : Survey tempat reunion (dewan / hotel) , mesyuarat perkara berbangkit, penyebaran maklumat tentang kewujudan reunion ini diperingkat yang lebih global seperti surat khabar dan radio ( masih diperingkat mencari sumber) , diskusi dengan pihak sekolah, menaikkan kain rentang
  2. Mac : Pengumuman tarikh, tempat dan masa reunion secara rasmi,
  3. April - Julai : Penamaan calon ALUMNI SMKS 18 secara online, pegumuman penyertaan dibuka, promosi
  4. Ogos – Oktober : Pengiraan calon yang paling banyak tercalon, penamaan wakil ALUMNI SMKS 18 yang akan bertanding pada hari reunion nanti, mempromosikan setiap calon ALUMNI SMKS 18
  5. November : Pihak komite akan melakukan final touch
  6. Disember : reunion dan penubuhan ALUMNI SMKS 18

Almanac ini adalah secara am. Sekiranya anda berminat ingin melihat almanac kami dalam bentuk yang lebih detail, kami secara telus dan jujur akan mengirimkan kepada anda softcopy almanac ( dalam bentuk table calendar, Microsoft word format) tersebut. Sila email kepada kami di srialumni18@yahoo.com

Sokongan anda adalah penentu kepada kejayaan majlis reunion dan penubuhan ALUMNI SMKS 18. Sekian, Berilmu dan Berjasa.

Friday, February 9, 2007

Soalan Lazim : BILA REUNION?

Menemui kembali rakan pelajar yang dikasihi.

Soalan lazim yang seringkali menimpa komite...

  1. BILA REUNION? mengikut perancangan almanac kami, reunion itu akan diadakan pada 15 DISEMBER 2007.
  2. KENAPA LAMBAT SANGAT? Sebab kami sedaya upaya mengumpul 13 generasi. Kami perlukan masa. Setakat ini kami hanya dapat mengesan 7 generasi sahaja.
  3. KORANG NI MACAMANA MEETING? Macam-macam cara la. Ada actual meeting dan ada juga online meeting. Ada juga discussion dalam web kami sendiri.
  4. BOLEH KE BERJAYA REUNION NI ? Boleh ! Anda adalah penentunya.
  5. AISEH.... LAMBAT SGT BULAN 12 TU. TAK BOLEH AWAL LAGI KE? Fokus kami bukan sahaja pada reunion. Tetapi, termasuk juga penubuhan ALUMNI SMKS 18. Kami perlukan masa untuk mencari seluruh generasi, masa untuk penamaan calon, masa untuk mengira undi pencalonan, kami belajar di universiti yang berbeza dan jauh antara satu sama lain dan kami juga perlu berurusan dengan sekolah lama kita semula. Banyak protokol, prosedur dan perancangan yang perlu diteliti..... Maka, sokongan anda mampu menyemarakkan lagi rindu kepada reunion ini. Sokongan anda sangat2 kami perlukan.
  6. AKU TAK AMBIK SPM KT SMKS 18. BOLE KE JOIN REUNION NI? BOLE KE HANTAR TERSTI? Boleh... Sangat boleh. Amat dialu-alukan. Ajak la kawan-kawan bekas pelajar SMKS 18 yang lain

Insyaallah... Nanti kami akan posting almanac kami mengenai perancangan majlis reunion dan penubuhan ALUMNI SMKS 18. Sokongan anda penentu kejayaan reunion ini.

Saturday, February 3, 2007

Testi Kami Di Friendster

Menemui kembali rakan-rakan pelajar yang dikasihi.

Untuk maklumat anda, sekolah kita kini sudah ada 13 generasi yang telah tamat bersekolah. Maka pihak kami bercadang untuk meletakkan anda dalam kumpulan batch masing-masing.

Bagi mencapai tujuan tersebut, anda diminta untuk MENGHANTAR TESTIMONIAL kepada kami melalui friendster. Sila nyatakan

  1. nama penuh
  2. Tahun bila mengambil SPM ( sama ada anda mengambil SPM di SMKS 18 atau pun di sekolah lain. Yang penting, anda pernah bersekolah di SMKS 18)

Bagi sesiapa yang tiada friendster, anda boleh menghantar email kepada kami maklumat tersebut di srialumni18@yahoo.com

Sebarang pertanyaan dan cadangan amatlah kami alu-alukan. Sokongan anda penentu kejayaan penubuhan ALUMNI SMKS18

Friday, January 26, 2007

Skop Tugas Komite.


Terima Kasih di atas sokongan padu rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18. Kami sangat menghargai setiap pertanyaan, cadangan, atau respon daripada bekas warga SMKS 18. Ada respon yang kami terima mahu bertanya dan ingin tahu tentang tugas-tugas kami dengan lebih terperinci dan ada juga yang mahu tahu perkembangan selanjutnya tentang program kami. Jutaan terima kasih di atas ide-ide yang padat dan bernas. Kami percaya bekas warga SMKS 18 memang bijaksana. Komen anda telah kami bawa ke meja mesyuarat yang baru-baru ini diadakan. Walaupun bukan mudah untuk kami berkumpul memandangkan kami masih belajar di institusi merata di seluruh Malaysia. Namun, berkat dorongan , semangat dan doa ... Alhamdulillah kami di sini bersama kalian semua.

Di sini, kami ringkaskan skop tugas komite secara amnya.

Pengurus dan Penolong Pengurus Program
Merencana mesyuarat, merangka jadual kerja, memantau dan membantu komite pelaksana yang menghadapi kesulitan, co-fasi bagi bahagian teknikal dan coordinator program.

Setiausaha
Mencatat dan mengirim laporan minit mesyuarat setiap kali bersidang ( via email ), menyediakan surat rasmi jika diperlukan, co-fasi publisiti dan promosi, merangkap editor blog (secara tidak rasmi )

Bendahari

Merangka perbelanjaan, pemegang akaun program, menyediakan bajet kecemasan, co-fasi catering, terlibat secara tidak langsungd dalam pemilihan hotel

Publisiti dan promosi
Menyampaikan maklumat ( kain rentang, fs, blog, via email, akan datang dalam radio dan akhbar Kosmo), mempromosikan reunion bagi meramaikan majlis reunion itu kelak, pemuliharaan blog dan fs, penyampai berita terkini.

Teknikal dan Persediaan Kelengkapan
Survey hotel, memilih ciri-ciri hotel yang menepati kehendak program dan bayaran yang berpatutan, memastikan kelengkapan teknikal berjalan lancar ketika program, memulihara blog dan fs dan segala yang berkaitan dengan teknikal

Koordinator Program
Mengendalikan election ( melalui internet dan pada hari reunion nanti), menentukan jadual dan tentatif program pada hari reunion ( persembahan, mc, election )

Katering
Terlibat dalam pemilihan menu dengan harga yang berpatutan. terlibat secara tidak langsungd dalam pemilihan hotel, Mengendalikan bahagian makanan pada hari reunion nanti,

Tugas-tugas Khas
Menyambut tetamu, menyediakan cenderahati, menyediakan pamphlet dan menyiapkan pembungkusan hadiah.


Semoga dengan penerangan dalam posting ini memberikan gambaran tentang modus operandi kami. Segala kelemahan kami mohon jutaan maaf. Segala cadangan anda amatlah kami hargai. Sokongan anda penentu kejayaan reunion dan penubuhan ALUMNI SMKS 18.

Siapa Kami? Mari berkenalan.

Hampir dua bulan kumpulan kami ditubuhkan untuk merencana program yang julung-julung kali diadakan. Maka banyak pihak yang tertanya-tanya siapakah kami? Dengan itu pihak kami dengan suka-citanya memperkenalkan barisan komite yang bertanggungjawab memikul amanah yang telah ditaklifkan. Semoga dengan perkenalan ini merapatkan lagi jurang tanda tanya dan keyakinan anda pada kejayaan program ini.

Komite kami dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah komite pengurusan dan bahagian kedua ialah komite pelaksanaan. Kami semua ialah generasi kesepuluh SMKS 18 dan semuanya masih melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Berikut ialah senarai nama komite.

Pengurus Program
Mohd Redzuan bin Mohamad Ibrahim Khan
rik_223@yahoo.com

Penolong Pengurus Program
Siti Nor Aishah bt Shahrir
aya_ueto2012@yahoo.com

Setiausaha
Aini Murni bt Abd Hamid
aini_murni@yahoo.com.my

Pengurus Kewangan ( Bendahari )
Mohd Syafiq bin Habsirun
syafique_6187@yahoo.com

Publisiti dan Promosi
Wan Ahmad Sabirin bin Ali Azizan (Ketua)
on3_2_3@yahoo.com

Munirah bt Mat Rani ( Penolong )
bluesnail86@yahoo.com

Nur Fazidah Bt Asmuzi
Norazme Mohd Nor

Teknikal dan Persiapan Kelengkapan
Mohd Ezad Hafidz ( ketua)
miztha_lutha@yahoo.com

Nurul ‘Ain bt Nahar ( Penolong )
ain_cookies@yahoo.com

Hasbullah Bin Mazlan
Zaman Huri Bin Zulkepli
Nor Afiza Bt Zulkifli

Koordinator Program
Mohd Faizal Izwan bin Salihuddin ( ketua )
m_peijarl@yahoo.com

Nor Hafiz Bin Mohd Leman ( penolong )
jejakaidaman04@yahoo.com

Siti Intan Rohayu Bt Abd Manaf
Nur Adlina Bt Abd Abd Rahim

Katering
Muhammad Alif bin Ali ( Ketua )
alif_202@yahoo.com

Noor Farazdillah Ismail ( Penolong )
lucky_blossom18@yahoo.com

Norizan Bt Jasin
Nur Hanisah Jaafar
Mohd Fikri Mansor


Tugas-tugas khas
Nurul Farhana Bt Sofian ( ketua )
fana284@yahoo.com.my

Muhammad Firdaus bin Abd Aziz ( Penolong )
firdaus404@hotmail.com

Nurulhana bt Abdul Samad
Aliff Roozaime Bin Abdul Rahman

Sokongan anda adalah pendorong utama kami dan penentu kejayaan reunion dan penubuhan ALUMNI SMKS 18.....

Monday, January 22, 2007

Pertanyaan berita terbaru

Terima kasih bekas rakan pelajar SMKS 18 yang budiman. Pihak kami mendapat banyak maklum balas bertanyakan berita terkini. Terima kasih di atas keprihatinan anda. Keprihatinan anda tanda sokongan yang padu anda untuk kami bagi menjayakan program ini. Insyaallah, setelah pihak editor blog ini berjumpa dengan pihak sekolah, pihak kami akan melaporkan dapatan dari mesyuarat yang lalu dan berita dari kerjasama sekolah. Tunggu la ye...

Thursday, January 4, 2007

Penubuhan Alumni SMKS 18

Alhamdulillah, pihak kami menerima respon yang sangat baik daripada rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18. Setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan dan cadangan yang diberikan. Pihak kami sangat menghargai sokongan dan pandangan daripada rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18 yang dikasihi. Setiap emel atau mesej kami akan jawab sebaik mungkin demi ukhwah dan amanah yang ditaklifkan. Pada kali ini pihak kami memaparkan posting tentang alumni. Semoga pihak kami mendapat respon dan cadangan yang lebih bernas daripada rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18. Bantu kami untuk Bantu anda. Sokongan anda adalah penentu kejayaan ALUMNI SMKS 18


1- Apakah itu alumni?

Alumni ialah sebuah pertubuhan atau organisasi yang dianggotai oleh bekas-bekas pelajar.


2- Apakah dia Sri Alumni 18?


Sri Alumni 18 ialah nama sementara bagi alumni bekas-bekas pelajar SMKS 18. Nama sementara itu dipilih bagi membezakan ALUMNI SMKS 18 dengan alumni dari pertubuhan lain.

Buat masa ini Sri Alumni 18 masih lagi dalam peringkat penubuhan. Pihak Kami sedang mengusahakan perjumpaan atau reunion besar-besaran bagi menjayakan penubuhan Sri Alumni 18 ini.


3- Apakah tujuan penubuhan Sri Alumni 18 ini secara amnya?

a) Menjadi medium utama yang menghubungkan antara bekas-bekas pelajar SMKS 18
b) Mengukuhkan ukhwah di antara semua bekas pelajar


4- Apakah aktiviti yang boleh dianjurkan oleh Sri Alumni 18 sekiranya ia berjaya ditubuhkan?

Sekiranya Sri Alumni 18 ini berjaya ditubuhkan, maka terpulanglah kepada ahli jawatankuasa yang diundi oleh anda semua bagi membentuk perlembagaan dan modus operandi tersendiri. Namun, kita sebagai bekas pelajar SMKS 18 boleh memberikan saranan dan pendapat setelah ianya berjaya ditubuhkan untuk kebaikan bersama. Lantaran itu, sememangnya sangat penting bagi anda memilih calon-calon yang benar-benar layak dan berpotensi bagi mengendalikan Sri Alumni 18 ini.

Antara contoh-contoh aktiviti yang difikirkan sesuai untuk dianjurkan oleh Sri Alumni 18 kelak:

a) Menganjurkan hari keluarga di mana-mana resort atau tempat pelancongan dan bermalam di sana
b) Majlis Sambutan Aidilfitri
c) Laman Web dan Forum secara rasmi
d) Mengadakan mensyuarat agung tiga/lima tahun sekali (mengikut perlembagaan alumni yang mereka akan bincangkan kelak)
e) Menganjurkan reunion besar-besaran antara bekas pelajar dan bekas guru SMKS 18
f) Mengadakan aktiviti yang sesuai untuk adik-adik junior yang masih bersekolah seperti kursus kepimpinan, seminar motivasi, seminar alam kerjaya dan alam universiti dan sebagainya sebagai satu transit menabur jasa di sekolah lama kita semula. ( atas permintaan sekolah )

Selebihnya, anda boleh cadangkan kepada perwakilan alumni kelak.




5- Apakah sumbangan yang mungkin boleh diberikan oleh Sri Alumni 18?

Banyak. Sekiranya Sri Alumni 18 ini berjaya ditubuhkan memang banyak membantu bekas-bekas pelajar, guru-guru mahu pun adik-adik junior yang masih sekolah. Antaranya:

a) Konsultan

Kami percaya, ada diantara bekas-bekas pelajar yang berjaya menjadi guru, peguam, doktor, jurutera dan bidang profesional lain. Dengan penubuhan alumni ini, komunikasi di antara semua bekas-bekas pelajar atau guru mahupun bekas guru SMKS 18 bagi mendapatkan khidmat konsultan daripada rakan-rakan pelajar dari sekolah yang sama menjadi lebih mudah. Sebagai contoh, Aminah mahu mendapatkan khidmat nasihat mengenai kerjaya atau khidmat professional seperti penyimpanan wasiat melalui guaman atau info kesihatan melalui doktor bertauliah namun tidak tahu channel yang terbaik bagi mendapatkan khidmat tersebut. Dalam situasi begini, alumni pasti dapat membantu. Melalui alumni mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dapat dihubungi dengan cara yang mudah. Hal ini bukan sahaja merapatkan ukhwah, menjimatkan masa, malah menguntungkan semua pihak.

Selain itu, melalui alumni adik-adik junior boleh mendapatkan overview mengenai alam kerjaya. Bekas-bekas pelajar yang berjaya boleh menjadi ikon yang cemerlang dan sumber inspirasi bagi mereka. Mahu berjaya di mana sahaja pun boleh termasuklah di SMKS 18.

b) Merealisasikan cadangan anda

Sekiranya cadangan anda bersesuaian, pihak alumni akan meaksanakannya. Alumni sememangnya berfungsi sebagai pelaksana suara ahli-ahlinya.

Selebihnya, ahli jawatankuasa Sri Alumni 18 akan membuat dasar pelaksanaan mengikut perlembagaan mereka.


6) Adakah saya layak menjadi ahli Sri alumni 18?

Ya, anda layak sekiranya anda memenuhi syarat-syarat berikut:

a) Bekas belajar SMKS 18
b) Telah menduduki SPM dan tamat bersekolah
c) Kelayakan juga termasuklah bagi mereka yang hanya sempat bersekolah sehari, sebulan atau setahun, asalkan mereka memenuhi syarat a dan b di atas.


7) Siapa yang layak menjadi ahli jawatankuasa Sri Alumni 18?

Sesiapa sahaja yang memenuhi syarat-syarat keahlian dan berjaya dalam penamaan calon penubuhan Sri Alumni 18.


8) Bagaimana penubuhan Sri Alumni ini dilakukan?

Penubuhan Sri Alumni 18 ini akan dijalan secara berperingkat. Anda diharapkan sentiasa melawat blog ini untuk mengetahui perkembangan lanjut. Penamaan calon dijangkakan akan bermula sekitar bulan April 2007.

Buat masa ini, pihak kami sedang giat dan fokus melakukan promosi bagi mewar-warkan reunion dan penubuhan alumni ini. Pihak kami sedaya upaya menyampaikan maklumat kepada seramai mungkin bekas-bekas pelajar SMKS 18 memandangkan reunion kali ini secara besar-besaran.

Promosi kami juga berjalan secara berperingkat-peringkat dengan strategi tertentu.

Justeru itu, pihak kami mengharapkan jasa baik anda semua supaya menghebahkan hal ini kepada rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18.

Terima kasih di atas sokongan anda.
Jumpa lagi di posting akan datang. Jangan lupa respon kepada kami melalui email atau message di friendster. Salam Sayang daripada kami untuk anda semua
.