Tuesday, June 26, 2007

Pengumuman Penting : Reunion dan penubuhan Sri Alumni18

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua bekas warga SMKS 18.

Kami dengan sukacitanya memaklumkan bahawa, satu reunion menyeluruh akan diadakan. Seramai 12 generasi yang pernah bersekolah di SMKS 18 akan berkumpul.

Butiran lanjut adalah seperti berikut

· Tarikh : 15 Disember 2007
· Hari : Sabtu
· Masa : 11.00 pagi- 3 petang
· Tempat : Intekma Resort & Convention Centre, Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
· Agenda : Makan tengahari bersama-sama dan majlis mengundi perwakilan Sri Alumni18
· Yuran pendaftaran : RM 60 seorang atau pakej RM150 bagi tiga orang.
· Peserta : Pentadbir SMKS 18, guru-guru SMKS 18, bekas guru SMKS 18 dan semua bekas pelajar SMKS 18.


Syarat-syarat pendaftaran dan penyertaan majlis reunion dan penubuhan Sri Alumni18

Majlis reunion ini terbuka kepada semua warga SMKS 18 yang memenuhi syarat pertama dan mana-mana syarat berikutnya.
a) Tamat persekolahan
b) Bekas pelajar SMKS 18 yang sudah mengambil SPM
c) Pernah bersekolah di SMKS 18 walaupun sehari.
d) Pernah mengambil PMR di SMKS 18 kemudian mengambil SPM di sekolah lain.
e) Pernah belajar tingkatan 1,2,3,4 atau lima di SMKS 18. Walaupun tempoh anda belajar di situ hanyalah sehari. Walaupun sehari, anda sudah ada kawan. Matlamat majlis ini ialah menemukan anda dengan kawan-kawan lama.
f) Pihak pentadbiran, guru-guru atau bekas guru-guru yang pernah berkhidmat di SMKS 18


Cara pembayaran pendaftaran, akan kami umumkan kemudian.

Apa respon anda?