Menggamit rindu.... Bila kita akan bertemu?
Mengimbau kembali kenangan ketika masih memakai baju sekolah…. Bayangkan… Indahkan? Kali ini kami bawakan rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18 meninjau kembali perubahan-perubahan sekolah kita dulu…. Hati pasti menggamit rindu. Ketika pihak kami berkunjung ke SMKS 18 baru-baru ini, pelbagai perubahan yang telah berlaku di situ. Antara perubahan-perubahan itu bermula dari pintu gerbang yang berada di pintu utama, pertambahan bangunan baru, pertukaran uniform pengawas ( bukan warna merah jambu dan kelabu lagi), uniform asrama ( bukan baju batik), surau yang bertambah cantik, bilik guru yang selesa ( lengkap dengan kemudahan wireless) , nama kelas juga sudah berubah. Nama-nama kelas seperti Azam, Budi, Cekap, Damai, Fitrah telah bertukar menjadi nama-nama para sahabat Nabi Muhammad seperti Saidina Hamzah , Umar , Ali dan sahabat - sahabat yang lain. Ketika melangkah ke blok terakhir, perwakilan kami melintasi taman Persatuan Geografi. Ketika minda mengimbas kenangan lama, masih segar ingatan menanan pokok-pokok di situ. Kini pokok-pokok di situ sudah tinggi dan besar. Masih segar dalam ingatan kami, generasi kami pernah menanam kapsul masa di situ. Insyaallah, suatu hari nanti, kami akan mengambil kembali kapsul masa itu.
Menyaksikan gambar-gambar ini, hati tidak terpalit rindukah? Tidak mahu bertemukah dengan kawan-kawan satu kelas, satu kelas, satu persatuan, satu asrama... satu... satu, tingkatan satu, tingkatan 2, tingkatan 3....
Insyaallah, 15 Disember ini kita akan bertemu demi sebuah rindu yang berteraskan ukhwah. Lantas sama-sama kita bina badan ukhwah itu dengan sebuah jawatan kuasa yang dinamakan Sri Alumni SMKS 18.
Anda adalah penentu kejayaan reunion dan penubuhan alumni ini.