Bilakah & di Manakah Terlerainya Rindu Ini?
Menemui kembali rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18. Pihak kami telah pun menjalankan survey di semua hotel-hotel dan dewan-dewan sekitar Shah Alam. Insyaallah, dalam masa terdekat ini, pihak kami akan mengumumkan tempat, masa dan cara pendaftaran untuk menyertai reunion ini. Kami akan menjalankan promosi ini sebaik mungkin. Jangan risau ye kawan-kawan semua. Sama-samalah kita berdoa agar rindu kita ini bisa ditautkan. Moga alumni menjadi transitnya.
Nota 1 : Selepas promosi pendaftaran , pihak kami akan mempromosikan penamaan calon alumni selama tiga bulan. Mulai sekarang, anda boleh fikir-fikirkan siapa yang layak untuk dicalonkan menjadi perwakilan alumni SMKS 18.
Nota 2 : Editor blog ini sedang berkursus di luar negeri dan sekembalinya ke kampus terus menduduki peperiksaan akhir semester.