Tuesday, June 26, 2007

Berita II Dari SMKS 18

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Pihak komite kami telah bertemu dengan pihak pentadbiran sekolah. iaitu puan pengetua, Puan Mis Yati , Datin Sabariah dan Puan Shamsiah Sobar pada 14 Jun yang lalu.

Pihak kami dimaklumkan bahawa, setiap sekolah mesti mempunyai alumni masing-masing. Kedatangan kami memenuhi keperluan mereka.

Pihak sekolah juga bersetuju memberikan senarai nama calon-calon bekas pelajar yang akan dilamar menjadi perwakilan Sri Alumni 18 ini. Pihak kami (komite) yang akan menjalankan tugas seterusnya iaitu bertanyakan kesudian mereka dan menjadi urusetia majlis reunion itu nanti.

Sebanyak 22 kerusi posisi perwakilan Sri Alumni 18 akan ditawarkan dan seramai 25-30 calon yang akan bertanding dari seluruh generasi..

Tugas anda sekarang ialah calonkan kawan-kawan yang anda rasa layak untuk menjadi perwakilan Sri Alumni 18.

Pihak kami akan berjumpa sekali lagi dengan pihak sekolah awal Julai ini.

Sekian dari kami.