Wednesday, February 28, 2007
Menggamit rindu.... Bila kita akan bertemu?
Menyaksikan gambar-gambar ini, hati tidak terpalit rindukah? Tidak mahu bertemukah dengan kawan-kawan satu kelas, satu kelas, satu persatuan, satu asrama... satu... satu, tingkatan satu, tingkatan 2, tingkatan 3....
Insyaallah, 15 Disember ini kita akan bertemu demi sebuah rindu yang berteraskan ukhwah. Lantas sama-sama kita bina badan ukhwah itu dengan sebuah jawatan kuasa yang dinamakan Sri Alumni SMKS 18.
Anda adalah penentu kejayaan reunion dan penubuhan alumni ini.
Posted by
srialumni18
at
2:01 AM
RESPON BAIK DARI SMKS 18
Pada 16 Februari 2007 yang lalu, pihak komite telah mengutuskan setiausaha kami untuk menemui pihak pengurusan SMKS 18 bagi mendapatkan sokongan dan kata sepakat. Alhamdulillah. Hasilnya memang mencapai apa yang kami harapkan. Pihak sekolah memberikan sokongan seratus peratus dan memberikan kerjasama bagi menjayakan reunion dan penubuhan alumni ini. Sememangnya pihak sekolah dan PIBG sejak dari dulu lagi tertanya-tanya bila persatuan bekas pelajar (alumni) akan ditubuhkan. Kedatangan setiausaha kami mewakili perwakilan komite sememangnya disifatkan sebagai pucuk dicita ulam yang datang.
Ketika setiausaha kami ke sekolah, Pn Mis Yanti, Pengetua SMKS 18 yang terkini, tiada dipejabat beliau. Maka, pihak kami meirujuk kepada orang nombor dua SMKS 18.
Menemui Pn Fazia ( yang dahulunya terkenal sebagai guru sains dan penasihat Persatuan Kadet Remaja Sekolah ) yang kini memegang jawatan sebagai Penolong Kanan I berkata “ Saya menyokong program yang dirancangkan ini 100% selagi tidak melanggar dasar sekolah. Sememangnya pihak sekolah dan PIBG sering tertanya-tanya bila persatuan bekas pelajar ini akan ditubuhkan…”
Ustazah Saadiah, Pengerusi Kelab Guru dan Pn Norniny, guru kaunseling sekolah telah dipilih oleh Pn Fazia bagi mewakili perwakilan dari sekolah dalam hal-hal pengurusan dengan pihak kami.
Maka, pihak kami semua berlapang dada setelah mendengar kata-kata sokongan ini dari mulut pihak pengurusan sendiri. Hal ini memudahkan tugas kami terutamanya dalam tempoh masa penamaan calon alumni nanti.
Semoga dengan berita baik ini, rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18 sentiasa menyokong kami dan sentiasa bersama kami dalam menjayakan reunion dan penubuhan alumni SMKS 18. Jangan lupa menamakan calon yang layak menjadi perwakilan alumni SMKS 18 sekitar bulan April ini serta mendaftarkan diri bagi menyertai hari reunion nanti.
Sokongan anda penentu kejayaan majlis reunion dan penubuhan ALUMNI SMKS 18
Posted by
srialumni18
at
1:32 AM
Saturday, February 10, 2007
Almanac Reunion dan Penubuhan ALUMNI SMKS 18.
Salam ukhwah buat rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18 yang dikasihi. Mengungkap kembali kata-kata para cedekiawan dan intelektual “ If you succeed in planning, you are planning for success” Inilah ungkapan yang menjadi panduan kami. Kami merancang reunion dan penubuhan ALUMNI SMKS 18 ini dalam jangka masa setahun. Perancangan yang teliti diperlukan bagi memastikan kejayaannya walaupun banyak kekangan masa, jarak dan masalah. Namun, demi sebuah kerinduan kepada pertemuan yang mampu menjana kembali ikatan silaturrahim suatu ketika dahulu, kami tabah menghadapi segalanya. Kerana anda. Ya! kerana anda yang menyokong kami, setia bersama kami adalah pembakar semangat paling utama bagi kami memenuhi almanac yang kami rancangkan ini.
Almanac ialah sebuah susunan kronologi sesuatu aktiviti atau program. Perkataan ini kami adaptasikan sebagai perancangan kami dalam masa setahun bagi mencapai kejayaan majlis reunion dan penubuhan Alumni SMKS 18.
Berikut ialah Almanac yang kami rancangkan :
- Februari : Survey tempat reunion (dewan / hotel) , mesyuarat perkara berbangkit, penyebaran maklumat tentang kewujudan reunion ini diperingkat yang lebih global seperti surat khabar dan radio ( masih diperingkat mencari sumber) , diskusi dengan pihak sekolah, menaikkan kain rentang
- Mac : Pengumuman tarikh, tempat dan masa reunion secara rasmi,
- April - Julai : Penamaan calon ALUMNI SMKS 18 secara online, pegumuman penyertaan dibuka, promosi
- Ogos – Oktober : Pengiraan calon yang paling banyak tercalon, penamaan wakil ALUMNI SMKS 18 yang akan bertanding pada hari reunion nanti, mempromosikan setiap calon ALUMNI SMKS 18
- November : Pihak komite akan melakukan final touch
- Disember : reunion dan penubuhan ALUMNI SMKS 18
Almanac ini adalah secara am. Sekiranya anda berminat ingin melihat almanac kami dalam bentuk yang lebih detail, kami secara telus dan jujur akan mengirimkan kepada anda softcopy almanac ( dalam bentuk table calendar, Microsoft word format) tersebut. Sila email kepada kami di srialumni18@yahoo.com
Sokongan anda adalah penentu kepada kejayaan majlis reunion dan penubuhan ALUMNI SMKS 18. Sekian, Berilmu dan Berjasa.
Posted by
srialumni18
at
12:49 PM
Friday, February 9, 2007
Soalan Lazim : BILA REUNION?
Soalan lazim yang seringkali menimpa komite...
- BILA REUNION? mengikut perancangan almanac kami, reunion itu akan diadakan pada 15 DISEMBER 2007.
- KENAPA LAMBAT SANGAT? Sebab kami sedaya upaya mengumpul 13 generasi. Kami perlukan masa. Setakat ini kami hanya dapat mengesan 7 generasi sahaja.
- KORANG NI MACAMANA MEETING? Macam-macam cara la. Ada actual meeting dan ada juga online meeting. Ada juga discussion dalam web kami sendiri.
- BOLEH KE BERJAYA REUNION NI ? Boleh ! Anda adalah penentunya.
- AISEH.... LAMBAT SGT BULAN 12 TU. TAK BOLEH AWAL LAGI KE? Fokus kami bukan sahaja pada reunion. Tetapi, termasuk juga penubuhan ALUMNI SMKS 18. Kami perlukan masa untuk mencari seluruh generasi, masa untuk penamaan calon, masa untuk mengira undi pencalonan, kami belajar di universiti yang berbeza dan jauh antara satu sama lain dan kami juga perlu berurusan dengan sekolah lama kita semula. Banyak protokol, prosedur dan perancangan yang perlu diteliti..... Maka, sokongan anda mampu menyemarakkan lagi rindu kepada reunion ini. Sokongan anda sangat2 kami perlukan.
- AKU TAK AMBIK SPM KT SMKS 18. BOLE KE JOIN REUNION NI? BOLE KE HANTAR TERSTI? Boleh... Sangat boleh. Amat dialu-alukan. Ajak la kawan-kawan bekas pelajar SMKS 18 yang lain
Insyaallah... Nanti kami akan posting almanac kami mengenai perancangan majlis reunion dan penubuhan ALUMNI SMKS 18. Sokongan anda penentu kejayaan reunion ini.
Posted by
srialumni18
at
3:09 AM
Saturday, February 3, 2007
Testi Kami Di Friendster
Menemui kembali rakan-rakan pelajar yang dikasihi.
Untuk maklumat anda, sekolah kita kini sudah ada 13 generasi yang telah tamat bersekolah. Maka pihak kami bercadang untuk meletakkan anda dalam kumpulan batch masing-masing.
Bagi mencapai tujuan tersebut, anda diminta untuk MENGHANTAR TESTIMONIAL kepada kami melalui friendster. Sila nyatakan
- nama penuh
- Tahun bila mengambil SPM ( sama ada anda mengambil SPM di SMKS 18 atau pun di sekolah lain. Yang penting, anda pernah bersekolah di SMKS 18)
Bagi sesiapa yang tiada friendster, anda boleh menghantar email kepada kami maklumat tersebut di srialumni18@yahoo.com
Sebarang pertanyaan dan cadangan amatlah kami alu-alukan. Sokongan anda penentu kejayaan penubuhan ALUMNI SMKS18
Posted by
srialumni18
at
8:32 PM