Friday, January 26, 2007

Skop Tugas Komite.


Terima Kasih di atas sokongan padu rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18. Kami sangat menghargai setiap pertanyaan, cadangan, atau respon daripada bekas warga SMKS 18. Ada respon yang kami terima mahu bertanya dan ingin tahu tentang tugas-tugas kami dengan lebih terperinci dan ada juga yang mahu tahu perkembangan selanjutnya tentang program kami. Jutaan terima kasih di atas ide-ide yang padat dan bernas. Kami percaya bekas warga SMKS 18 memang bijaksana. Komen anda telah kami bawa ke meja mesyuarat yang baru-baru ini diadakan. Walaupun bukan mudah untuk kami berkumpul memandangkan kami masih belajar di institusi merata di seluruh Malaysia. Namun, berkat dorongan , semangat dan doa ... Alhamdulillah kami di sini bersama kalian semua.

Di sini, kami ringkaskan skop tugas komite secara amnya.

Pengurus dan Penolong Pengurus Program
Merencana mesyuarat, merangka jadual kerja, memantau dan membantu komite pelaksana yang menghadapi kesulitan, co-fasi bagi bahagian teknikal dan coordinator program.

Setiausaha
Mencatat dan mengirim laporan minit mesyuarat setiap kali bersidang ( via email ), menyediakan surat rasmi jika diperlukan, co-fasi publisiti dan promosi, merangkap editor blog (secara tidak rasmi )

Bendahari

Merangka perbelanjaan, pemegang akaun program, menyediakan bajet kecemasan, co-fasi catering, terlibat secara tidak langsungd dalam pemilihan hotel

Publisiti dan promosi
Menyampaikan maklumat ( kain rentang, fs, blog, via email, akan datang dalam radio dan akhbar Kosmo), mempromosikan reunion bagi meramaikan majlis reunion itu kelak, pemuliharaan blog dan fs, penyampai berita terkini.

Teknikal dan Persediaan Kelengkapan
Survey hotel, memilih ciri-ciri hotel yang menepati kehendak program dan bayaran yang berpatutan, memastikan kelengkapan teknikal berjalan lancar ketika program, memulihara blog dan fs dan segala yang berkaitan dengan teknikal

Koordinator Program
Mengendalikan election ( melalui internet dan pada hari reunion nanti), menentukan jadual dan tentatif program pada hari reunion ( persembahan, mc, election )

Katering
Terlibat dalam pemilihan menu dengan harga yang berpatutan. terlibat secara tidak langsungd dalam pemilihan hotel, Mengendalikan bahagian makanan pada hari reunion nanti,

Tugas-tugas Khas
Menyambut tetamu, menyediakan cenderahati, menyediakan pamphlet dan menyiapkan pembungkusan hadiah.


Semoga dengan penerangan dalam posting ini memberikan gambaran tentang modus operandi kami. Segala kelemahan kami mohon jutaan maaf. Segala cadangan anda amatlah kami hargai. Sokongan anda penentu kejayaan reunion dan penubuhan ALUMNI SMKS 18.

Siapa Kami? Mari berkenalan.

Hampir dua bulan kumpulan kami ditubuhkan untuk merencana program yang julung-julung kali diadakan. Maka banyak pihak yang tertanya-tanya siapakah kami? Dengan itu pihak kami dengan suka-citanya memperkenalkan barisan komite yang bertanggungjawab memikul amanah yang telah ditaklifkan. Semoga dengan perkenalan ini merapatkan lagi jurang tanda tanya dan keyakinan anda pada kejayaan program ini.

Komite kami dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama ialah komite pengurusan dan bahagian kedua ialah komite pelaksanaan. Kami semua ialah generasi kesepuluh SMKS 18 dan semuanya masih melanjutkan pelajaran di universiti tempatan. Berikut ialah senarai nama komite.

Pengurus Program
Mohd Redzuan bin Mohamad Ibrahim Khan
rik_223@yahoo.com

Penolong Pengurus Program
Siti Nor Aishah bt Shahrir
aya_ueto2012@yahoo.com

Setiausaha
Aini Murni bt Abd Hamid
aini_murni@yahoo.com.my

Pengurus Kewangan ( Bendahari )
Mohd Syafiq bin Habsirun
syafique_6187@yahoo.com

Publisiti dan Promosi
Wan Ahmad Sabirin bin Ali Azizan (Ketua)
on3_2_3@yahoo.com

Munirah bt Mat Rani ( Penolong )
bluesnail86@yahoo.com

Nur Fazidah Bt Asmuzi
Norazme Mohd Nor

Teknikal dan Persiapan Kelengkapan
Mohd Ezad Hafidz ( ketua)
miztha_lutha@yahoo.com

Nurul ‘Ain bt Nahar ( Penolong )
ain_cookies@yahoo.com

Hasbullah Bin Mazlan
Zaman Huri Bin Zulkepli
Nor Afiza Bt Zulkifli

Koordinator Program
Mohd Faizal Izwan bin Salihuddin ( ketua )
m_peijarl@yahoo.com

Nor Hafiz Bin Mohd Leman ( penolong )
jejakaidaman04@yahoo.com

Siti Intan Rohayu Bt Abd Manaf
Nur Adlina Bt Abd Abd Rahim

Katering
Muhammad Alif bin Ali ( Ketua )
alif_202@yahoo.com

Noor Farazdillah Ismail ( Penolong )
lucky_blossom18@yahoo.com

Norizan Bt Jasin
Nur Hanisah Jaafar
Mohd Fikri Mansor


Tugas-tugas khas
Nurul Farhana Bt Sofian ( ketua )
fana284@yahoo.com.my

Muhammad Firdaus bin Abd Aziz ( Penolong )
firdaus404@hotmail.com

Nurulhana bt Abdul Samad
Aliff Roozaime Bin Abdul Rahman

Sokongan anda adalah pendorong utama kami dan penentu kejayaan reunion dan penubuhan ALUMNI SMKS 18.....

Monday, January 22, 2007

Pertanyaan berita terbaru

Terima kasih bekas rakan pelajar SMKS 18 yang budiman. Pihak kami mendapat banyak maklum balas bertanyakan berita terkini. Terima kasih di atas keprihatinan anda. Keprihatinan anda tanda sokongan yang padu anda untuk kami bagi menjayakan program ini. Insyaallah, setelah pihak editor blog ini berjumpa dengan pihak sekolah, pihak kami akan melaporkan dapatan dari mesyuarat yang lalu dan berita dari kerjasama sekolah. Tunggu la ye...

Thursday, January 4, 2007

Penubuhan Alumni SMKS 18

Alhamdulillah, pihak kami menerima respon yang sangat baik daripada rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18. Setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan dan cadangan yang diberikan. Pihak kami sangat menghargai sokongan dan pandangan daripada rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18 yang dikasihi. Setiap emel atau mesej kami akan jawab sebaik mungkin demi ukhwah dan amanah yang ditaklifkan. Pada kali ini pihak kami memaparkan posting tentang alumni. Semoga pihak kami mendapat respon dan cadangan yang lebih bernas daripada rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18. Bantu kami untuk Bantu anda. Sokongan anda adalah penentu kejayaan ALUMNI SMKS 18


1- Apakah itu alumni?

Alumni ialah sebuah pertubuhan atau organisasi yang dianggotai oleh bekas-bekas pelajar.


2- Apakah dia Sri Alumni 18?


Sri Alumni 18 ialah nama sementara bagi alumni bekas-bekas pelajar SMKS 18. Nama sementara itu dipilih bagi membezakan ALUMNI SMKS 18 dengan alumni dari pertubuhan lain.

Buat masa ini Sri Alumni 18 masih lagi dalam peringkat penubuhan. Pihak Kami sedang mengusahakan perjumpaan atau reunion besar-besaran bagi menjayakan penubuhan Sri Alumni 18 ini.


3- Apakah tujuan penubuhan Sri Alumni 18 ini secara amnya?

a) Menjadi medium utama yang menghubungkan antara bekas-bekas pelajar SMKS 18
b) Mengukuhkan ukhwah di antara semua bekas pelajar


4- Apakah aktiviti yang boleh dianjurkan oleh Sri Alumni 18 sekiranya ia berjaya ditubuhkan?

Sekiranya Sri Alumni 18 ini berjaya ditubuhkan, maka terpulanglah kepada ahli jawatankuasa yang diundi oleh anda semua bagi membentuk perlembagaan dan modus operandi tersendiri. Namun, kita sebagai bekas pelajar SMKS 18 boleh memberikan saranan dan pendapat setelah ianya berjaya ditubuhkan untuk kebaikan bersama. Lantaran itu, sememangnya sangat penting bagi anda memilih calon-calon yang benar-benar layak dan berpotensi bagi mengendalikan Sri Alumni 18 ini.

Antara contoh-contoh aktiviti yang difikirkan sesuai untuk dianjurkan oleh Sri Alumni 18 kelak:

a) Menganjurkan hari keluarga di mana-mana resort atau tempat pelancongan dan bermalam di sana
b) Majlis Sambutan Aidilfitri
c) Laman Web dan Forum secara rasmi
d) Mengadakan mensyuarat agung tiga/lima tahun sekali (mengikut perlembagaan alumni yang mereka akan bincangkan kelak)
e) Menganjurkan reunion besar-besaran antara bekas pelajar dan bekas guru SMKS 18
f) Mengadakan aktiviti yang sesuai untuk adik-adik junior yang masih bersekolah seperti kursus kepimpinan, seminar motivasi, seminar alam kerjaya dan alam universiti dan sebagainya sebagai satu transit menabur jasa di sekolah lama kita semula. ( atas permintaan sekolah )

Selebihnya, anda boleh cadangkan kepada perwakilan alumni kelak.




5- Apakah sumbangan yang mungkin boleh diberikan oleh Sri Alumni 18?

Banyak. Sekiranya Sri Alumni 18 ini berjaya ditubuhkan memang banyak membantu bekas-bekas pelajar, guru-guru mahu pun adik-adik junior yang masih sekolah. Antaranya:

a) Konsultan

Kami percaya, ada diantara bekas-bekas pelajar yang berjaya menjadi guru, peguam, doktor, jurutera dan bidang profesional lain. Dengan penubuhan alumni ini, komunikasi di antara semua bekas-bekas pelajar atau guru mahupun bekas guru SMKS 18 bagi mendapatkan khidmat konsultan daripada rakan-rakan pelajar dari sekolah yang sama menjadi lebih mudah. Sebagai contoh, Aminah mahu mendapatkan khidmat nasihat mengenai kerjaya atau khidmat professional seperti penyimpanan wasiat melalui guaman atau info kesihatan melalui doktor bertauliah namun tidak tahu channel yang terbaik bagi mendapatkan khidmat tersebut. Dalam situasi begini, alumni pasti dapat membantu. Melalui alumni mereka yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu dapat dihubungi dengan cara yang mudah. Hal ini bukan sahaja merapatkan ukhwah, menjimatkan masa, malah menguntungkan semua pihak.

Selain itu, melalui alumni adik-adik junior boleh mendapatkan overview mengenai alam kerjaya. Bekas-bekas pelajar yang berjaya boleh menjadi ikon yang cemerlang dan sumber inspirasi bagi mereka. Mahu berjaya di mana sahaja pun boleh termasuklah di SMKS 18.

b) Merealisasikan cadangan anda

Sekiranya cadangan anda bersesuaian, pihak alumni akan meaksanakannya. Alumni sememangnya berfungsi sebagai pelaksana suara ahli-ahlinya.

Selebihnya, ahli jawatankuasa Sri Alumni 18 akan membuat dasar pelaksanaan mengikut perlembagaan mereka.


6) Adakah saya layak menjadi ahli Sri alumni 18?

Ya, anda layak sekiranya anda memenuhi syarat-syarat berikut:

a) Bekas belajar SMKS 18
b) Telah menduduki SPM dan tamat bersekolah
c) Kelayakan juga termasuklah bagi mereka yang hanya sempat bersekolah sehari, sebulan atau setahun, asalkan mereka memenuhi syarat a dan b di atas.


7) Siapa yang layak menjadi ahli jawatankuasa Sri Alumni 18?

Sesiapa sahaja yang memenuhi syarat-syarat keahlian dan berjaya dalam penamaan calon penubuhan Sri Alumni 18.


8) Bagaimana penubuhan Sri Alumni ini dilakukan?

Penubuhan Sri Alumni 18 ini akan dijalan secara berperingkat. Anda diharapkan sentiasa melawat blog ini untuk mengetahui perkembangan lanjut. Penamaan calon dijangkakan akan bermula sekitar bulan April 2007.

Buat masa ini, pihak kami sedang giat dan fokus melakukan promosi bagi mewar-warkan reunion dan penubuhan alumni ini. Pihak kami sedaya upaya menyampaikan maklumat kepada seramai mungkin bekas-bekas pelajar SMKS 18 memandangkan reunion kali ini secara besar-besaran.

Promosi kami juga berjalan secara berperingkat-peringkat dengan strategi tertentu.

Justeru itu, pihak kami mengharapkan jasa baik anda semua supaya menghebahkan hal ini kepada rakan-rakan bekas pelajar SMKS 18.

Terima kasih di atas sokongan anda.
Jumpa lagi di posting akan datang. Jangan lupa respon kepada kami melalui email atau message di friendster. Salam Sayang daripada kami untuk anda semua
.