Saturday, December 23, 2006

Reunion dan Penubuhan Alumni

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Mengikut kajian yang dijalankan oleh pensyarah bidang pendidikan, manusia secara amnya lebih memahami tentang sesuatu jika sesuatu kenyataan itu diberi dalam bentuk soalan berbanding artikel atau rencana yang perlu kepada pencernaan maklumat. Maka kami mengambil inisiatif untuk menerangkan program reunion ini melalui cara soalan dan jawapan.


1- Siapa yang mengendalikan majlis reunion besar-besaran ini?

Kami, sekumpulan bekas pelajar SMKS daripada generasi yang ke-sepuluh ( SPM 2003). Jumlah kami seramai 34 orang komite, yang terdiri daripada 4 orang komite pengurusan dan 30 orang komite pelaksana.


2- Apa itu komite?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Ke-empat, komite ialah satu pertubuhan ahli jawatankuasa. Kami ialah ahli jawatankuasa yang bertanggungjawab mengendalikan majlis reunion secara besar-besaran ini.


3- Apa fungsi reunion ini?

Reunion kali ini memainkan peranan sebagai satu majlis pertemuan atau perjumpaan bagi kesemua bekas-bekas pelajar SMKS 18 dari generasi pertama sehinggalah mereka yang tamat SPM pada tahun 2006 bagi mengukuhkan ukhwah dan tali silaturrahim sesama kita. Selain itu, kami juga mempunyai satu agenda utama yang lebih penting daripada sekadar sebuah perjumpaan atau reunion sahaja.


4- Apakah agenda utama itu?

Kami akan mengendalikan sebuah pertemuan atau perjumpaan (reunion) dan sekali gus mengendalikan majlis penubuhan Alumni SMKS 18.


5- Bagaimana cara penubuhan alumni tersebut?

Alumni tersebut akan ditubuhkan melalui tiga peringkat.
Peringkat Pertama : Penamaan calon (Secara online)
Peringkat Kedua : Promosi calon yang terpilih (Secara online)
Peringkat Ketiga : Pengundian (Secara manual dan aktual pada hari reunion tersebut)

Untuk mengikuti perkembangan seterusnya, cara penamaan calon dan segalanya tentang penubuhan alumni, anda dinasihatkan selalu melawati blog ini.


6- Siapa yang layak menjadi calon komite alumni?


Sesiapa sahaja yang TELAH menjadi bekas pelajar SMKS 18 dengan syarat namanya telah dicalonkan oleh orang lain yang juga bekas pelajar SMKS 18. Keterangan mengenai penamaan calon dan tentang penubuhan alumni akan kami terangkan kemudian ketika sesi penamaan calon sekitar bulan April 2007. Anda sekali lagi dinasihatkan supaya selalu melawat laman web kami untuk mengetahui perkembangan selanjutnya.


7- Siapa yang boleh menyertai reunion besar-besaran ini?

a) Sesiapa sahaja yang merupakan BEKAS pelajar SMKS 18 dan telah tamat menduduki SPM. Bagi adik-adik yang masih belajar, atau pernah belajar di SMKS 18 tetapi belum atau akan menduduki SPM dan berumur kurang daripada 18 tahun, anda tidak dibenarkan menyertai reunion ini. Tetapi penyertaan adik-adik amat dialu-alukan selepas penubuhan alumni secara rasmi nanti.
Untuk lebih spesifik, mereka yang layak menyertai reunion ini ialah BEKAS pelajar SMKS 18 daripada generasi pertama hinggalah ke generasi ke-13 ( SPM batch 2006) sahaja.

b) Guru-guru yang masih mengajar atau pernah mengajar di SMKS 18. Kehadiran guru / bekas guru SMKS 18 adalah amat dialu-alukan dalam membantu dan menyokong pengundian AJK ALUMNI SMKS 18 nanti.


8- Bagaimana pula bagi mereka yang pernah bersekolah di SMKS 18 tetapi tidak sampai lima tahun dan tidak menduduki SPM di sekolah yang sama?

Mereka boleh menyertai reunion ini walaupun mereka hanya bersekolah sehari sahaja di SMKS 18. Syarat utama penyertaan reunion ialah mereka mestilah BEKAS pelajar SMKS 18, telah tamat menduduki SPM dan berumur 18 tahun ke atas. Hal ini kerana mereka juga dianggap BEKAS pelajar SMKS 18.


9- Saya bekas pelajar SMKS 18 yang layak untuk menghadiri reunion ini dan telah pun berkahwin. Bolehkah saya membawa suami/ isteri/ anak-anak ke majlis reunion tersebut?


Sudah tentu boleh. Setiap seorang di antara mereka akan dikenakan bayaran yang sama. Tetapi anda dinasihatkan untuk tidak membawa anak yang masih kecil dan suka menangis kerana ada kemungkinan majlis reunion dan pengundian bagi penubuhan alumni akan terganggu dan terjejas.


10- Bila dan di mana reunion ini akan berlangsung?

Kami akan memaklumkan kemudian. Anda dinasihatkan untuk selalu melawati blog ini untuk mengetahui perkembangan selanjutnya.


12- Saya masih tidak faham. Pada siapa saya harus bertanya?

Anda boleh mengemukan soalan melalui email di alamat srialumni18@yahoo.com


Pihak kami ingin meminta jasa baik anda yang telah melawat blog ini untuk menyebarkan maklumat tentang reunion dan penubuhan alumni ini kepada rakan-rakan kita bekas pelajar SMKS 18. Jasa baik anda amat kami hargai. Sekian terima kasih.