Majlis Reunion dan Penubuhan ALUMNI SMKS 18
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua bekas warga SMKS 18.
Kami menerima banyak maklum balas supaya tarikh tutup pendaftaran ditangguhkan memandangkan hari raya Aidilfitri akan menjelang tiba. Semestinya budget kewangan diperlukan sama ada untuk membeli baju raya, kuih raya, tambang raya dan sebagainya. Kami berbesar hati untuk melanjutkan tarikh pendaftaran sehingga 30 OKTOBER 2007. Setakat ini, pendaftaran masih belum mencapai tahap maksimum. Kepada yang berminat, masih ada tempat dan peluang lagi. Mendaftarlah segera. Tempat adalah terhad
Syarat-syarat pendaftaran dan penyertaan majlis reunion ini.
Majlis reunion ini terbuka kepada semua warga SMKS 18 yang memenuhi syarat pertama dan mana-mana syarat berikutnya.
a) Tamat persekolahan
b) Bekas pelajar SMKS 18 yang sudah mengambil SPM
c) Pernah bersekolah di SMKS 18 walaupun sehari.
d) Pernah mengambil PMR di SMKS 18 kemudian mengambil SPM di sekolah lain.
e) Pernah belajar tingkatan 1,2,3,4 atau lima di SMKS 18. Walaupun tempoh anda belajar di situ hanyalah sehari. Walaupun sehari, anda sudah ada kawan. Salah satu matlamat majlis ini ialah menemukan anda dengan kawan-kawan lama.
f) Pihak pentadbiran, guru-guru atau bekas guru-guru yang pernah berkhidmat di SMKS 18
Butiran lanjut adalah seperti berikut
· Tarikh : 15 Disember 2007
· Hari : Sabtu
· Masa : 11.00 pagi- 3 petang
· Tempat : Intekma Resort & Convention Centre, Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
· Agenda : Makan tengahari bersama-sama dan majlis mengundi perwakilan Sri Alumni18
· Yuran pendaftaran : RM 60 seorang atau pakej RM150 bagi tiga orang.
· Peserta : Pentadbir SMKS 18, guru-guru SMKS 18, bekas guru SMKS 18 dan semua bekas pelajar SMKS 18.
Cara-cara membuat bayaran penyertaan
1) Bayaran kepada bendahari komite reunion kami:
a) Cara bank-in
1) Pergi ke Maybank
2) Ambil borang deposit / simpanan
3) Pada bahagian nama, tuliskan nama - Mohammad Syafiq b Habsirun
4) Pada No Akaun, tuliskan no - 1-64017-10603-5
5) Semasa di kaunter bank atau mesin deposit atm, anda dinasihatkan untuk menyemak 6)kembali nama dan no akaun itu betul bagi mengelakkan kesilapan deposit ke dalam akaun orang lain
6) Slip deposit itu di scan
7) Emailkan kepada syafique_6187@yahoo.com sebagai bukti pembayaran. Sila nyatakan di dalam email itu NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN, BATCH KE BERAPA DAN NO TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI. Bagi yang mendaftar secara pakej, ketiga-tiga peserta mesti memberikan empat maklumat yang kami perlukan.
8) Pihak kami secara automatic akan mengetahui bahawa deposit RM60 ialah pendaftaran secara perseorangan dan deposit RM 150 ialah pendaftaran secara pakej.
9) Dalam tempoh dua hari anda akan menerima kad jemputan beserta no pendaftaran untuk majlis reunion itu . Kad itu perlu dicetak di atas kertas A4 putih dan dibawa semasa majlis reunion nanti sebagai tanda pendaftaran yang sah.
Tanpa nombor pendaftaran yang sah, anda tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan
b) Cara manual I ( Cara berjumpa dengan bendahari kami secara personal di rumahnya )
1) Datang sendiri ke rumah bendahari kami di No . 12, Jalan Sayembara U2/34, Taman TTDI Jaya, shah alam.
2) Berikan wang tunai dan maklumat diri iaitu NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN, BATCH KE BERAPA, NO TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI DAN EMAIL. Anda akan menerima resit rasmi
4) Dalam tempoh dua hari anda akan menerima kad jemputan berserta no pendaftaran untuk majlis reunion itu . Kad itu perlu dicetak di atas kertas A4 putih dan dibawa semasa majlis reunion nanti sebagai tanda pendaftaran yang sah
c) Cara manual II ( Cara berjumpa dengan bendahari kami secara personal di tempat belajar, Uitm Shah Alam)
Bendahari kami masih menuntut di UiTM Shah Alam, Jurusan Sains Aktuari. Sesiapa yangh menuntut di universiti yang sama atau berdekatan dengan kampus UiTM Shah Alam, boleh membayar yuran pendaftaran secara manual di kawasan kampus.
Cara-caranya ialah seperti berikut.
1) Buat janji temu. Nyatakan tarikh, masa dan tempat melalui SMS dan hantarkan ke 012-6810260
2) Berikan wang tunai dan maklumat diri iaitu NAMA PENUH, NO KAD PENGENALAN, BATCH KE BERAPA, NO TELEFON YANG BOLEH DIHUBUNGI DAN EMAIL. Anda akan menerima resit rasmi
3) Dalam tempoh dua hari anda akan menerima kad jemputan beserta nombor pendaftaran untuk majlis reunion itu . Kad itu perlu dicetak di atas kertas A4 putih dan dibawa semasa majlis reunion nanti sebagai tanda pendaftaran yang sah
Penyertaan anda penentu kejayaan reunion dan penubuhan Sri Alumni SMKS 18 ini. Marilah sama-sama menjayakannya. Sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai pembayaran, boleh hubungi bendahari. Sekian, terima kasih